Monday, May 19, 2014

Sebab Kenapa Kami Tidak Guna Istilah 'Homestay'



Rumah tumpangan guna istilah Homestay beri impak negatif


(Utusan Online : 15/12/2010)




KUALA TERENGGANU 14 Dis. – Kewujudan banyak rumah tumpangan atau premis penginapan yang diuar-uarkan sebagai ‘homestay’ (inap desa) di negeri ini sedikit sebanyak telah memberi impak negatif kepada konsep kewujudannya yang sebenar.
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan negeri, Ahmad Fathil Abd. Ghani berkata, dengan penggunaan istilah itu, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan fungsi dan peranan produk pelancongan yang ingin diperkenalkan.
“Homestay merupakan konsep tinggal bersama dengan pemilik rumah yang mana mereka boleh merasai suasana kehidupan keluarga dan masyarakat setempat, malah bersama dalam kegiatan harian.
“Di situ, pelancong dapat merasai pengalaman baru dalam aspek budaya dan tradisi selain suasana persekitaran baru,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas di Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Penyertaan kepada 27 peserta Kursus Etika, Komunikasi dan Penampilan Pengusaha Homestay, di sini petang semalam.
Kursus dua hari ini bertujuan memberi kesedaran serta meningkatkan kecekapan dan kemahiran para pengusaha di enam buah homestay di seluruh negeri dengan harapan dapat memberi kepuasan maksimum kepada pelancong.
Mereka turut didedahkan dengan pelbagai kursus seperti Kursus Pemandu Pelancong, Kursus Undang-Undang Pelancongan, Kursus Mesra Malaysia dan Kursus Pertolongan Cemas dan Penggunaan Alat Pemadam Api.
Tambah Fathil, walaupun kewujudannya begitu mendapat sambutan, rumah atau premis yang disifatkannya sebagai ‘tiruan’ ini telah ditafsirkan dengan pelbagai variasi pemikiran oleh masyarakat.
“Mereka akan keliru dan bertanya, inikah homestay seperti yang dipromosikan oleh pihak kementerian. Keadaan ini memberikan gambaran tidak tepat terhadap peranan sebenar produk pelancongan itu, " katanya.
Mengenai tindakan penguatkuasaan, katanya, pihak kementerian setakat ini tidak berkuasa untuk menghalang penggunaan istilah itu kerana ia tertakluk kepada peranan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sementara itu, katanya, sebuah lagi homestay dengan kapasiti 10 buah rumah akan dibuka pada tahun hadapan di Kampung Seberang Pintasan, Dungun dengan menjadikannya homestay yang ketujuh di negeri ini.
“Homestay ini berkonsepkan tradisi kehidupan masyarakat kampung di tepi sungai yang pernah menjadi jeti perkhidmatan feri menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Dungun pada sekitar 1960-an,” katanya.






Wednesday, May 7, 2014

Cuti Sekolah Datang Lagi!!

Asalam..cuti sekolah bakal tiba lagi..pasti ramai yang akan mengambil peluang cuti ini untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti melancong membawa anak2 dan keluarga, menghadiri majlis  majlis perkahwinan serta aktiviti aktiviti lain. Dan pastinya ramai yang memilih untuk bercuti di luar kawasan sendiri. bagi cuti yang akan datang kami sudahpun menerima beberapa tempahan, namun masih terdapat kekosongan tempahan lagi, jadi bagi sesiapa yang berhasrat untuk berkunjung ke Besut boleh la cuba cuba tinjau perkhidmatan kami. kami bersedia membantu anda bagi mendapatkan kemudahan pengginapan yang selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan asas yang terdapat di sekitar kawasan kami. Oleh itu jangan malu segan untuk menghubungi kami bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan. Selamat merancang percutian anda..